Monday, July 27, 2009

Penerangan mengenai Inkuiri kematian Teoh Beng Hock

Berikut ialah terjemahan penuh kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkenaan inkuiri berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Acara Jenayah (CPC) bertajuk "Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock":

Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, di mana, dan cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),

"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337).

Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.

Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa."

Di bawah Seksyen 333 Kanun Acara Jenayah, seorang Majistret boleh mengenepikan inkuiri jika beliau berpuas hati dengan punca kematian tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori bagi Majistret untuk mengadakan inkuiri; lebih-lebih lagi dalam kes-kes sebegini yang melibatkan kematian mengejut. Mengadakan inkuiri serupa oleh Suruhanjaya Diraja akan mewujudkan pertindihan.

Dalam kes Teoh Beng Hock, saya telah mengambil tindakan di bawah seksyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Majistret mengadakan inkuiri bagi mengetahui punca dan keadaan yang ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock dan Majistret wajib mengadakan inkuiri itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa ia cara yang memadai dan venue yang sesuai yang disediakan oleh undang-undang bagi kes-kes sebegini.

Selain itu, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Fungsi Suruhanjaya Diraja ini tidak harus dikelirukan dengan inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah. Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, jelas merujuk kepada siasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam.

Definisi kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary ialah "kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dll; kejayaan kemajuan, kemakmuran.". Oleh itu, ia tidak boleh diperluaskan untuk meliputi inkuiri bagi kematian sebegini, di mana inkuiri oleh Majistret di bawah Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.

Setakat ini, misalnya Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan, antara lain, berhubung tragedi-tragedi di Terminal Feri Pulau Pinang dan Bright Sparklers Fireworks. Rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pematuhan terhadap prosedur dan standard keselamatan. Tragedi dan bencana itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian dan tidak mematuhi prosedur operasi oleh pihak berkuasa relevan. Tiada yang menyentuh mengenai punca kematian bagi satu orang.

Oleh yang demikian, dengan Kanun Acara Jenayah sebagai undang-undang yang spesifik yang mempunyai peruntukan bagi diadakan inkuiri kematian, dengan itu adalah sewajarnya bagi Mahkamah menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan penyiasatan.

Apa yang penting ialah kita mesti mematuhi Undang-undang negara. Demi keadilan, perlu diselesaikan bagi kepentingan bersama di pihak kerajaan dan awam. Inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menyelesaikan sepenuhnya semua kebimbangan di pihak kerajaan dan orang ramai.

Masa terakhir kerajaan melayani tuntutan DAP untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja adalah untuk kes Lingham dan kes ketok ketampi.

Prosiding kes Lingham menjadi cacamarba dan ada antara hasil siasatan Suruhanjaya berupa pertuduhan yang diluar term of reference dan menimbulkan persoalan.

Sebelum itu Suruhanjaya mengenai kes ketuk ketampi yang ditimbulkan oleh Theresa Kok terhadap seorang yang dikatakan rakyat Cina tetapi seorang Melayu bukan saja satu salah tuduhan oleh DAP malah memalukan negara yang perlu meminta maaf kepada China.

Nampaknya setiap kali kerajaan melayani tuntutan DAP ianya berakhir dengan martabat Suruhanjaya direndahkan dengan salah tuduh dan pertuduhan yang tidak boleh dibuktikan.

Biar Inkuiri diteruskan dan jika masih ada kecacatan, barulah ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Dari pengalaman yang lepas, Suruhanjaya Diraja telah dipolitikkan dan tidak harus dibiarkan demikian.

Malah apa perlu hanya kes Teoh Beng Hock saja? Bukankah ada lagi kes-kes lain yang lebih memerlukan siasatan sedemikian?

Polis pun sudah bersedia mendedahkan hasil siasatan. Adakah cover-up mana-mana? Kalau semuanya sudah telus dan tiada lagi persoalan, jangan pula pembangkang mereka-reka tuduhan dan fitnah.

1 comment:

Anonymous said...

Inkues, suruhanjaya diraja langkah terbaik
KUALA LUMPUR 26 Julai - Penubuhan sebuah suruhanjaya diraja dan inkues bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock disifatkan sebagai langkah terbaik bagi menyelesaikan kes tersebut.

Kewujudan dua badan tersebut dalam menjalankan siasatan serentak tidak membawa kepada pertindihan bidang kuasa masing-masing.

Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, penubuhan inkues mempunyai fokus yang berbeza jika dibandingkan dengan skop siasatan suruhanjaya diraja.

"Inkues yang dikendalikan majistret terletak di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) untuk meneliti sebab dan isu yang berkaitan kematian Beng Hock.

"Sedangkan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan terikat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang fokus memperlihat keberkesanan perjalanan prosedur sedia pakai Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Beliau mengulas penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kelmarin mengenai fungsi suruhanjaya diraja dan inkues yang diputuskan Kabinet tempoh hari berikutan kekeliruan beberapa pihak khususnya di pihak pembangkang.

Penjelasan tersebut antara lain menyatakan inkuiri berkaitan kematian tidak boleh diperluas kepada inkues oleh majistret di bawah CPC kerana ia tidak sesuai dan tidak disokong undang-undang.

Sebaliknya, penubuhan suruhanjaya diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur SPRM untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama.

Sehubungan itu, Salleh berkata, beliau yakin penubuhan badan tersebut dapat menyelesaikan kes.

My Say