Wednesday, July 22, 2009

Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan


Oleh Selangor Daily Dotcom

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasa rimas apabila ADUN Sekincan menimbulkan isu mengenai rumah Dato Seri Dr Khir Toyo. Dia tahu akhirnya orang akan menimbulkan persoalan mengenai rumahnya.

Orang biasa mungkin boleh dijawab dengan alasan dia dahulu orang korporat dan kononnya dia mampu. Bolehkah alasan itu digunakan? Itukah sebenarnya?

Saya pernah memasuki rumah Khalid semasa ianya dalam pembinaan pada akhir tahun 90an. Pada mulanya, saya terdorong atas perasaan ingin tahu rumah yang dikatakan kepunyaan seorang ahli korporat Cina. Rumah yang terletak atas bukit di Damansara itu kelihatan dari bawah seolah-olah rumah rekabentuk Siam.

Kami meminta izin dari Pengurus Tapak untuk tengok sedikit-sedikit. Dia agak keberatan tetapi kami nyatakan kami dari industri pembinaan dan minat ingin melihat rekabentuk rumah. Sedikit pun kami tidak bertanya siapa tuan punya rumah itu tetapi hanya berbincang mengenai reka bentuk dan pembinaan rumah.

Sempat juga kami bertanya harga pembinaan. Kami diberitahu harga RM6 juta buat setakat itu kerana ada lagi tambahan, ubah suai dan ini tidak termasuk hiasan dalaman.


Katanya, semua sekali termasuk harga tanah sudah mencapai RM16 juta beberapa tahun lepas.

Rumah itu banyak menggunakan kayu dan menjadikannya mahal kerana banyak kos ukiran dan menggunakan cara pertukangan rumah lama kurang menggunakan paku.

Semasa melihat-lihat pelan, kami ternampak sebuah lukisan logo besar dalam tulisan Jawi yang akan diukir ke atas kayu. Tertulis nama Khalid Ibrahim. Tahulah kami tumah itu kepunyaan Khalid.

Anwar membuat kenyataan mempertahankan Khalid supaya rumahnya tidak dipersoalkan.


Mungkin Anwar boleh menjawab dimana Khalid dapat duit sebanyak itu untuk membina rumah sedeikian rupa? Berapakah gaji Khalid semasa memegang jawatan Pengurus dan naik hingga menjadi CEO PNB untuk dapat menyimpan duit untuk membina mahligat dan membeli saham Guthrie?

Kita tahu bahawa Khalid berhutang untuk mengambil peruntukkan saham Guthrie sebanyak 5% dan jumpah tawaran sebanyak 15%. Malah baru-baru ini, Khalid disaman Bank Islam kerana tidak dapat membayar hutang sebanyak RM66.6 juta. Dengan demikian, Khalid berhutang puluhan juta semasa memegang jawatan Executive Chairman Guthrie.

Jadi bagaimana Khalid biayai pembinaan rumah itu?

Tunai atau hutang? Jika tunai, dimana dia dapat duit tunai sedemikian banyak jika dia masih berhutang dnegan Bank lagi? Kalau hutang, bolehkah dia bersikap telus dan tunjukkan dokumen-dokumen sebagaimana Dr Khir sedia lakukan?

Untung Khalid diselamatkan oleh kontroversi berkenaan kematian Teoh Beng Hock yang sengaja ditimbulkan oleh DAP. Padan Khalid bersungguh-sungguh dalam demonstrasi di depan Plaza Masalam. Selagi ini berterusan, hilanglah cerita rumah Khalid.

8 comments:

Unknown said...

Senang sunggoh nak kumpul dosa bro.

Anonymous said...

Khalid aka 'Lembu Korban' , sila jawab?

cucupakkasim said...

every gurkahs know khalid is 'balachi' or 'amat' for someone in umno long ago..

Antu said...

Ronni Liu, Ean Yong & DAP sure die - one ! ! !

- by chaptokam

Jimmy Tham said...

=) That everybody knows the answer, formerly he is in cohort with UMNO. Makan dari lubang yang sama. Now that he is denied that lubang, he joined the opposition with revenge in mind. It would be wise for Khalid to just admit everything and reveal to us his partners in crime as well.

Donplaypuks® said...

“Well-placed sources and officials close to the MACC said Teoh was “manhandled and threatened” by investigators during a 10-hour interrogation as part of a political conspiracy to bring down opposition leaders, led by Anwar Ibrahim, and to implicate them for alleged misuse of funds.

“When he refused to do so, the officers dragged him to a window on the 14-story building and threatened to throw him out,”said the source who was not authorized to speak to media.”

Well, this piece from Malaysian Mirror is interesting. Check it out at:

http://malaysianmirror.com/homedetail/45-home/5374-you-stupid-china-man

dpp

We are all of one Race, the Human Race.
That is all that really matters.

eddy said...

YAB Khalid Menteri Besar Selangor bayar cash ke rumah macam istana tu. Kalau hutang dia mampu ke bayar bank dengan gaji dia sebagai Menteri Besar tu.

YAB Khalid mesti keluarkan statement balas... perihal lembu tak habis settle, guna duit kerajaan repair kereta sendiri pun belum settle. Kata dia kerajaan negeri Pakatan Selangor telus. Kita lihat bagaimana telus.

Anonymous said...

donplaypuks®

tan boon hwa cud lying. he is a posssible suspect.

My Say