Saturday, July 05, 2008

Najib penghalang Anwar jadi PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.

“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.

Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar," ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.

“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita," tegasnya.

Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.

“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.


Komen: Seorang komentar di blog Big Dog menulis, "What ezam says its not new news. What is new is Ezam is always in the news. Somebody is giving Ezam some publicity, and I think we know who. Suddenly he’s UMNO hero. And now trying to court ..."

Di dalam Utusan Malaysia hari ini,
Mukhriz dilaporkan berkata bukan mudah untuk Saiful membuat pengakuan sedemikian dan tindakan Anwar lari ke Kedutaan Turki menunjukkan ia takut kepada sesuatu. (Baca juga blog Big Dog sini). Rata-rata pelbagai reaksi timbul dari kenyataan Jabatan Negara Amerika dari Pemuda UMNO Kelantan, dan Ketua Pemuda PAS. Berhubung melakukan Mubahalah yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Nik Aziz dan Dewan Pemuda Pas Selangor serta Putera UMNO bersetuju.

Manakala, Khairy hanya dilaporkan memberi komen berkenaan tentang kes Altantuya dan tidak berkenaan tuduhan liwat.

1 comment:

Anonymous said...

Just tell Ezam off..Dont be a parasite ! Dia ada dalam UMNO pun tak guna, dan dia dalam PKR pun worst.. Dengan jadi parasit politik dia akan hanya merosakkan suasana ekonomi negara yang kian merudum... Jangan nak jadi hero.... Just stay home and sleep.

My Say