Saturday, June 14, 2008

Menjelang 100 Hari Khalid Sudah Amal Kronisme


Tan Sri Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan siasatan awal BPR terhadap pegawainya mendapati tiada kesalahan yang dilakukan.

Dengan segera pada hari yang sama, beliau mengumumkan air percuma akan mula diimplimentasikan minggu hadapan ini untuk mengalihkan pandang. Apa yang dia mahu alihkan?

Jika rakyat terus membincangkan isu ini, mereka akan menyedari laporan ini membuktikan bahawa dalam masa 100 hari pentadbiran, Khalid telah mengamalkan kronisme.

Ini tentu sekali bercanggah dengan sesuatu yang sering diwar-warkan dalam ceramah-cermah politik Pakatan Rakyat.

Malah sesama UMNO, Dr Mahathir mempersoalkan amalan surat sokong atau lobi yang dilakukan oleh Abdullah Badawi di dalam skandal 'oil for food' untuk adik iparnya.

Lepas Siasatan

Sedutan laporan Bernama berikut:

'ACA Clears My Senior Officers,' Says Khalid

SHAH ALAM, June 11 (Bernama) -- Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Wednesday that the Anti-Corruption Agency (ACA) has found no elements of corruption or power abuse among senior officers in his office.

This follows an investigation by the ACA on the officers after four men who claimed they were Parti Keadilan Rakyat members that there was probably an abuse of power or corruption in the awarding a garbage collection contract in Petaling Jaya.

Speaking to reporters after chairing the State Executive Council meeting here, Khalid said that despite the ACA's clearance, the officer involved would be told to attend a seminar or course on integrity and accountability so that he would be more careful in carrying out his duties in future.

The menteri besar said he had met ACA officers and suggested to them to station an officer for one or two months at his office to know how the state government administration works so that it would be easier for them to conduct investigations.

This would also reduce the opportunity for corruption or power abuse to happen, he said.

"This is not something new but I implemented it when I was serving at Permodalan Nasional Bhd (PNB)," he said.

Asked whether he has a "confidential relationship" with businessman Datuk Lim Kim Hong as alleged by a blog, Khalid said: "I did not know I have a confidential relationship. As a businessman previously at PNB I encountered many business groups... to say that I did not know Datuk Lim King Hong is not true, I have known him." ...

Kronisme

Tulisan MyKMU ini memaparkan beberapa butiran laporan rasuah itu dan implikasinya terdapat amalan kronisme di dalam pentadbiran Khalid.

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat?

Oleh Editor
Saturday, June 14 @ 22:04:59 MYT

Apabila mengambil alih pemerintahan di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bongkak berkata tamat sudah zaman pena ajaib dan runding terus (direct negotiations).

Sehingga hari ini masih belum muncul satu pun kes yang membuktikan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN Selangor yang lalu terutamanya oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Sebaliknya, pena ajaib muncul di zaman Khalid. Kaedah runding terus tetap diteruskan.

Laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor bukan dibuat tanpa bukti mahu pun laporan palsu.

Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Mohd Yahya Mat Shari dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Pejabat Menteri Besar Selangor telah menulis surat menyenaraikan syarikat-syarikat yang perlu diberi keutamaan dalam pemberian kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya.

Di manakah janji dan kata-kata tan Sri Khalid dan PKR untuk melaksanakan tender terbuka?

Lebih menghairankan, bagaimanakah beberapa surat oleh empat buah syarikat kepada Dato' Bandar Petaling Jaya boleh melalui Pegawai Khas Menteri Besar dengan tertera "mohon kerjasama, saya menyokong permohonan ini" - diiringi cop tertera HJ. MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato' Menteri Besar Selangor.

Apakah ini bukan pena ajaib dan kronisme?

Apakah Tan Sri Khalid ingin mengatakan bahawa Haji Yahya membuat surat dan sokongan tersebut tanpa restu beliau? Apakah berani didedahkan bahawa pemilik syarikat ini tiada kena mengena dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat?

Sudah tentu akan ada suara berkata BN juga membuat sokongan. Tapi ini bukan manifesto BN sebaliknya ia adalah manifesto Pakatan Rakyat. Malah Khalid Ibrahim sendiri menegaskan tiada lagi pemberian kontrak tanpa melalui tender.

Ini baru empat syarikat yang bocor. Entah berapa banyak lagi sudah berlangsung sejak tiga bulan ini.

Baru seratus hari sudah melanggar polisi sendiri, bayangkan lima tahun apa akan jadi.

Ketika sibuk menyelongkar mencari titisan dakwat pena ajaib Khir Toyo, rupanya pena ajaib Khalid Ibrahim yang menjelma.

Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim.

100 hari Pakatan Rakyat di Selangor akan diingati dengan projek Babi Mega, Kronisme dan Pena Ajaib serta hubungan rapat beliau dengan pengerusi I Berhad.

Tidak lama lagi kita akan menerima pula notis bangkrap Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana tidak mampu bayar pampasan kepada Syabas.

BN tidak mengeluarkan manifesto berdegar-degar tetapi sudah buang amalan surat sokongan.

Berikan masa kepada rakyat untuk menyedari perbezaan antara PR yang cakap berdegar-degar tetapi buat lain dan BN yang tidak berdegar-degar bercakap tetapi sedia berubah.

Masaalahnya cuma yang satu itu saja.

4 comments:

Anonymous said...

A voice,
If I'm not mistaken, Khalid has long time been a reject product. With his position and capacity, he could not even win when contesting for ketua cawangan UMNO in a few years back.
But he found a home in PKR because PKR is a dump site for reject product, like his boss Brader Anwar.

Anonymous said...

PR or PKR or whatever synonym the leadership of this new emerging corrupted party is coming up with is actually the OLD UMNO which is rife with members who condone and practice corruption. Be aware of their political chants as they seem to bring "change" but the type of change they bring to the masses is actually a destructing one.

Wakmasnoor said...

Whats WRONG with recommendation letter? Like we havent heard or used it before.

Anonymous said...

The fact to the matter is PR made supported and visibly participate in the penguin walk at Putrajaya last year with rgd to the VK Lingam case.

Their voices had forced sleepy to initiate a RC. Cutting thru the chase, the RC implies lobbying is now deemed as offense. Isn't a letter of support abt lobbying?

A letter of support comes about out accessibility. One such letter for access to a VIP or VVIP that cud help open further access.

That is not transparent or fair to everyone isn't it? The point is PR and particularly Khalid had been vehement on this issue for decades!

My Say